Innalillahi wa Inna Ilaihi Rajiun, Buya Ahmad Syafii Maarif meninggal dunia

July 4, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah Almarhum Prof. Dr. Buya K.H Ahmad Syafii Maarif, pemikir Indonesia dan mantan Pemimpin Muhammadiyah pada 27hb Mei 2022 lalu.

Husnul khatimah; meninggal dunia pada hari Jumaat. Semasa hidupnya, beliau yang lebih akrab dipanggil Buya Syafii Maarif itu pernah menjawat Ketua Umum Pengurus Pusat Muhammadiyah, Presiden World Conference on Religion for Peace (WCRP), dan mendirikan Maarif Institute.

Setelah lulus sarjana, beliau melanjutkan pendidikan Sarjana di Jabatan Sejarah Universiti Ohio, Amerika Syarikat. Gelar doktornya diraih dari Program Pengajian Bahasa dan Peradaban Timur Dekat, Universiti Chicago, AS.

Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Semoga AllahSubhanahu wa-Ta’ala menempatkannya di sis-iNya Yang Maha Pengasih. Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita hadiahkan al-Fatihah.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR