Inspirasi Bilal Bin Rabah Al Habasyi

January 17, 2016
editor-media

Oleh:- Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, ABIM.

Setiap umat Islam pastinyanya pernah mendengar nama Bilal bin Rabah al Habasyi, muazzin Rasulullah. Beliau berasal dari Habasyah atau lebih dikenali sebagai Eutophia yang sewaktu itu dipimpin oleh Raja Najashi. Sahabat saya ini, Selahadin Melese berasal dari Eutophia, yang sehingga hari ini majoriti rakyatnya beragama Nasrani aliran Orthodox.

Bahasa yang digunakan mereka ialah bahasa Ahmari. Kami ditakdirkan bertemu dalam Persidangan Union of NGOs in the Islamic World (UNIW) di Makkah bagi membincangkan hal ehwal umat Islam sedunia. Menarik cerita beliau. Sebelum memeluk Islam sewaktu berumur 18 tahun, beliau merupakan seorang remaja yang troublemaker dan telah dihumban ke dalam penjara.

 

 

Minda Presiden :- Inspirasi Bilal bin Rabah al Habasyi Oleh:- Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, ABIM. Setiap umat…

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Sunday, 17 January 2016

 

Di dalam penjaralah beliau menemui hidayah dan memeluk Islam melalui usaha pendakwah di dalan penjara. Atas kesungguhannya, beliau belajar agaman dan bahasa Arab, dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dalam bidang Dakwah. Hari ini, dengan nikmat Islam beliau telah menunaikan Haji sebanyak 16 kali dengan membawa rombongan jamaah Eutophia.

Selahadin juga merupakan Setiausaha Agung Hagerie Community Development Association of Eutophia. Kini, beliau pula yang bertanggungjawab mengislamkan remaja-remaja troublemakers sepertinya suatu ketika dahulu. Al Fatihah untuk sahabat Rasulullah SAW, Bilal al Habashiy. #SejahterakanMalaysiaDenganDakwah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR