Institusi Pendidikan ABIM Kedah Juarai Ihtifal Akademik Kebangsaan 2016

March 23, 2016
editor-media

Sekalung tahniah diucapkan kepada Sekolah Rendah Alor Setar (SERIAS) dan Sekolah Menengah Sqins Tahfiz Alor Setar (SEMESTI) atas kejayaan cemerlang yang diperolehi dalam Ihtifal Kebangsaan Akademik yang berakhir di MRSM Johor Bahru hari ini. Sesungguhnya kejayaan ini melambangkan kesungguhan semua pihak dalam mengembangkan potensi & kemampuan seluruh warga Kompleks Pendidikan Al-Hikmah Alor Setar samada dari sudut kurikulum mahupun ko-kurikulum, jasmaniah mahupun rohaniah. Dengan ini seluruh warga ABIM Negeri KEDAH berdoa semoga kejayaan seumpama ini dapat diteruskan bahkan dipertingkatkan pada masa-masa akan datang. Kita juga sentiasa berdoa agar sentiasa mendapat curahan rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t dalam setiap gerak kerja kita. Hazwan B. Haniff NYDP/Exco Pendidikan ABIM Negeri Kedah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo