Islam Adalah Agama Rasmi Negeri Sabah

September 14, 2014
editor-media

13 September 2014:- Tarikh 23 September 1973 menjadi detik penting dalam perkembangan Islam di Sabah apabila Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan pindaan terhadap Perlembagaan Negeri Sabah dengan menetapkan Islam sebagai agama rasmi Sabah sepertimana yang termaktub dalam Perkara 5(A). Dalam erti kata lain, penetapan Islam sebagai agama rasmi negeri Sabah adalah datangnya dari hasrat rakyat Sabah sendiri menerusi majoriti dua pertiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan bukan menerusi dasar yang dibawa oleh Semenanjung Tanah Melayu. Justeru, penetapan ini tidak bercanggah dengan Perkara 1 Perjanjian Dua Puluh (20) Perkara yang menyebut “Walaupun tiada bantahan terhadap Islam menjadi agama rasmi Malaysia, Agama rasmi tidak ada di Borneo Utara dan peruntukan berhubung dengan Islam mengikut perlembagaan Malaya hendaklah tidak merangkumi Borneo Utara.” YB Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan (Menteri Belia dan Sukan Sabah) Simposium Hari Malaysia & Muktamar Sanawi ABIM 43

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR