Jadikan Semula Ilmu Sebagai Teras Gerakan

October 4, 2015
editor-media

Usrah WADAH-ABIM-PPINS Negeri Sembilan telah diadakan pada 2 Oktober 2015 bertempat di Taski ABIM Alamanda, Senawang. Usrah ini telah diisi oleh Presiden ABIM, Tn Hj Mohamad Raimi & Ydp ABIM N9, Dr Zulkifli Hasan. YDP ABIM Negeri Sembilan  telah mengupas ucapan dasar 3 presiden pada Ijtima’ Haraki peringkat kebangsaan yang lepas.

Antara intipati yang disentuh berkaitan islamaphobia yang kembali menghujani masyarakat bukan Islam terutamanya di dunia barat yang mengenali Islam sebagai agama yang menganjurkan keganasan sedangkan Islam merupakan agama rahmat sebagaimana yang disentuh beliau dalam buku ucapan YDP ABIM Negeri Sembilan pada muktamar lepas.

Beliau juga menyentuh perkara berkaitan keilmuan yang menjadi nadi kekuatan gerakan Islam yang perlu dikembalikan dalam setiap ahli ABIM. Presiden ABIM memberi amanat tentang legasi dan kekuatan ABIM yang perlu diperkasakan. Antara kekuatan ABIM ialah keupayaan menggabungjalinkan antara ulama’ dan intelektual sebagaimana yang terdapat dalam orientasi gerakan iaitu “mengintelektualkan ulama’ dan mengulama’kan intelektual”.

Ini yang membuatkan ABIM sentiasa relevan dalam masyarakat dan dunia hari ini. Sdr Raimi juga menekankan usaha meningkat kualiti pendidikan ABIM seperti TASKI, SARA, SRI dan SMI yang menjadi medium melahirkan individu yang cemerlang dalam akademi dan agama. Presiden menutup ucapan beliau dengan memberi penekanan tentang memperjuang hak pendidikan, ekonomi orang Islam. Melahirkan generasi muda yang mandiri dan mampu menjadi usahawan yang membantu meningkatkan kualiti ekonomi umat.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR