Jom! Sertai Pelbagai Program Santai Rohani Belia di Sabah

July 14, 2022
editor@abim

Salam. Semua dijemput hadir ke beberapa buah program santai berbentuk kerohanian di Sabah sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Program ini akan menampilkan ramai tokoh dan selebriti yang akan berkongsi ilmu, mengikut pengalaman dan bakat masing-masing:

Kembara spiritual dengan Program Qiamullail Perdana “Memburu Kemanisan Ibadah” yang akan dijalankan pada 15-16hb Julai 2022 (Jumaat-Sabtu) di Masjid An-Nur, Pekan Tuaran. Terhad kepada 100 orang belia Sabah sahaja ya!

Program Santai Belia Sejahtera pada 15hb Julai 2022 (Jumaat) jam 8 malam di Padang Pekan Tuaran bersama Zizi Kirana (artis yang berasal dari Sabah dan telah menempah nama dalam industri muzik tanah air) dan Ustazah Farhatul (ikon belia yang mempunyai lebih sejuta pengikut di media sosial melalui platform Instagram. Beliau mula dikenali apabila menjadi Johan Qariah Tilawah Antarabangsa MTHAQ Tahun 2019).

Program Santai Belia Sejahtera pada 15hb Julai 2022 (Jumaat) jam 8 malam di Padang Pekan Tuaran juga menampilkan 3 orang panel jejaka yang mempunyai pengaruh dan kebolehan dalam bidang tertentu. Kesemua mereka agak dikenali di platform media sosial dan akan berkongsi ilmu serta pengalaman karier masing-masing iaitu: Sdra. Fakhrul UNIC (Selebriti TV dan Penyanyi Kumpulan Nasyid UNIC); Ustaz Hasbi atau Mr. Bie aktivis belia yang bergiat aktif dalam bidang seni nyanyian dan menggunakan bakat dalam bidang seni untuk menggerakkan program-program kebajikan dan kemasyarakatan khususnya di daerah Tawau dan Sandakan; dan Ustaz Sufan (guru Sekolah Agama Negeri (SAN) di daerah Sandakan dan aktivis belia yang sangat aktif menggerakkan program kebeliaan dan kerohanian di daerah Sandakan melalui NGO Belia USIA & ABIM Sabah yang disertainya).

Sabtu nanti (16hb Julai 2022) akan diadakan Forum Bicara Ad-Din: Ini Masa Kita sempena Karnival Sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Kebangsaan. Program diadakan selepas selesai Solat Maghrib di Masjid An Nur Pekan Tuaran, Sabah.

Program Belia Sabah Berselawat pada 17hb Julai 2022 (Ahad) bermula jam 7 malam di Dewan Seri Sulaman Tuaran. Program tersebut akan diserikan dengan persembahan selawat dan qasidah daripada gabungan kumpulan qasidah sekitar Tuaran, Papar dan Kota Kinabalu, Tilawah Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Hamdi Yusof, johan qari Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri Sabah, tausiyah yang disampaikan oleh SF Dr. Mohamad Ali, Timbalan Mufti kerajaan negeri Sabah dan penampilan khas kumpulan nasyid UNIC.

Lebih daripada 250 hadiah cabutan bertuah menanti anda sepanjang 15, 16 dan 17hb Julai 2022 di Padang Pekan Tuaran, Sabah!

Orang ramai khususnya pada belia Sabah dialu-alukan hadir bagi memeriahkan program tersebut. Semoga program tersebut berjalan lancar dan mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa. Pesorong kam. Mangan nyak mangan, asal jo kurung-kurung. Datang kamurang. Makan nda makan, asal jak kumpul-kumpul!

#HBN2022 #IniMasaKita #SantaiBeliaSejahtera

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR