28hb Januari 2019: Alhamdulillah, ABIM bersama Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat serta LPPKN berjaya menganjurkan Latihan Kefasilitatoran (ToF) untuk Program Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA) dengan mensasarkan penglibatan masyarakat dalam kalangan guru atau PIBG sekolah sebagai pelatih / jurulatih.
Tonton Video Ikrar Jurulatih PEKA
Memetik kata-kata Sdr. Muhammad Faisal bahawa ABIM menekankan aspek kesejahteraan keluarga terutamanya dalam kalangan staf ABIM dan agensi. Malahan ABIM turut menekankan pemberdayaan ibu bapa melalui penyertaan kursus keibubapaan dan pembacaan.
Encik Khairil Azril, Pegawai LPPKN menyatakan bahawa menurut Indeks Kesejahteraan Keluarga, domain keselamatan keluarga pada tahap 7.6. Justeru, ibu bapa perlu berwaspada dan memerhatikan anak-anak sentiasa.
Antara tujuan utama program PEKA ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keselamatan alam siber dalam kalangan ibu bapa, penjaga dan masyarakat selain meningkatkan kesedaran dan pemahaman dalam kalangan ibu bapa, penjaga dan masyarakat mengenai isu keselamatan kanak-kanak.
Menerusi ruang yang ada ABIM akan terus menyumbang membawa isu-isu pendidikan keluarga menerusi KPWM untuk kebaikan masyarakat.
#PEKA #KitaKanKeluarga