#JUSTICEFORHIDAYAT: SIASAT KEMATIAN MUHAMMAD HIDAYAT DALAM TAHANAN POLIS - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

#JUSTICEFORHIDAYAT: SIASAT KEMATIAN MUHAMMAD HIDAYAT DALAM TAHANAN POLIS

Pada pagi Jumaat, 8 Oktober 2021, Muhammad Hidayat telah ditangkap oleh polis di rumah dan hadapan isteri dan anak-anak beliau. Tiada dari mereka diberitahu sebab apa dia ditahan mahupun kemana dia akan dibawa. Pada Isnin (11 Oktober), beliau diumumkan telah meninggal dunia semasa dalam tahanan.

Muhammad Hidayat adalah seorang bapa kepada 6 orang anak. Mengikut ahli keluarga, beliau merupakan seorang yang penyayang terhadap anak anak dia. Kehilangan beliau cukup mendatangkan kesan pada keluarga apatah lagi ia terjadi dalam keadaan yang cukup meragukan dan mengejutkan.

Sewaktu pihak polis hubungi isteri beliau memaklumkan bahawa Hidayat telah meninggal dunia. Pihak polis telah menanyakan isterinya dulu jikalau arwah terdapat sakit apa apa tak, dan isterinya menjawab. Langsung tiada maklumat lanjut berkenaan punca kematian diberikan dan hanya pada ketika ini, pihak keluarga diberitau lokasi arwah Hidayat di tahan.

Hanya pada hari berikutnya, Selasa (12 Oktober), isteri arwah di bawa ke bahagian forensik untuk mengecam mayat arwah dan disana berjumpa seorang doktor yang menerangkan bahawa arwah Hidayat meninggal dunia akibat dari saluran darah yang telah pecah @ stroke.

Ini adalah amat mengejutan ahli keluarga kerana mereka yakin bahawa arwah Hidayat tidak menghidap sebarang penyakit seperti darah tinggi dan sebagainya. Dia juga berada dalam keadaan sihat sewaktu tangkapan dibuat.

Lebih sedih lagi apabila mereka diberitahu bahawa arwah Hidayat muntah-muntah pada hari Ahad (10 Oktober) dan meminta bantuan untuk dapatkan rawatan, namun pihak polis hanya memberikan dia panadol.

Perkara ini tidak seharusnya berlaku kepada Muhammad Hidayat. Kebajikan orang yang berada dalam tahanan adalah tanggungjawab penuh pihak berkuasa. Adalah sesuatu yang amat mengecewakan Hidayat yang mengadu sakit tidak diberi rawatan sewajarnya.

GEGAR dan SUARAM bagi pihak ahli keluarga menggesa agar isu ini akan disiasat dengan telus dan adil terutama apabila pihak polis gagal mengikut prosedur semasa tangkapan dibuat. Terutama, apabila arwah meninggal dunia semasa dalam tahanan.

Atas dasar itu, kami memohon agar Jabatan Peguam Negara dapat memulakan proses siasatan melalui Mahkamah Koroner, bagi mengenalpasti lebih lanjut punca kematian Hidayat dan seterusnya mendapatkan keadilan atas kematian beliau.

Klik: https://www.change.org/p/siasat-kematian-muhammad-hidayat-yang-berlaku-sewaktu-dalam-tahanan-pdrmsia-ismailsabri60-dhzhamzah-dswjtj-kdnputrajaya-agcputrajaya-justiceforhidayat?utm_source=share_petition&utm_medium=custom_url&recruited_by_id=446b6aa0-eb30-11eb-9ac8-5d170eecf22b

#JusticeForHidayat