Kanak-kanak terjatuh 32 meter dalam perigi di Maghribi, ini sebenarnya yang berlaku

February 5, 2022
editor@abim

Doakan agar Rayan dapat diselamatkan segera. Pasukan Penyelamat di Maghribi ketika ini sedang berusaha menyelamatkan seorang budak lelaki berumur 5 tahun bernama Rayan yang terperangkap selama 3 hari setelah terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter. Air dan oksigen berjaya disalurkan menerusi paip.

Penggalian perigi masih diteruskan pasukan penyelamat #SaveRayan sedang viral di Maghribi ketika ini. Kita doakan moga pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan Rayan.

Sehubungan itu, semua pihak berharap kanak-kanak itu dapat diselamatkan segera dan berdasarkan kamera yang dimasukkan ke dalam perigi itu, Rayan didapati masih hidup namun tidak sedarkan diri. Kanak-kanak itu juga mengalami kecederaan di bahagian kepalanya dan maklumat mengenai operasi menyelamatnya ditunggu-tunggu semua rakyat negara ini.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR