Karnival Promosi Gaya Hidup Sihat

December 23, 2015
editor-media

20 Disember 2015 . Angkatan Belia Islam Malaysia , Kerajaan Negeri Selangor , Perangsang Selangor Dengan Kerjasama ABIM Gombak,PKPIM , PEPIAS , PPIWP , Hospital Al Islam , JKK Kg Sg Pusu ,Active Fast Center telah menjayakan Program Karnival Pro Sihat 2015 yang bertempat di Sungai Pusu. Gombak. Bermula dengan Kem Smart pada 19 Disember 2015 yang memberi pengisian dari kalangan anak-anak kampung berusia 6-12 tahun berjaya mengumpulkan sebanyak 60 orang keatas anak-anak kampung sg pusu.

Selain itu pengisian dari CEO Malaysia Life Line For Syria , Saudara Syarir Azfar pada malam sabtu (19 Disember) baru-baru ini adalah tentang penderitaan kanak-kanak syria dan perkonsian semasa beliau disana Pada 20 disember 2015 , bermulalah karnival Pro Sihat,

Pelbagai aktiviti menarik bagi mengisi aktiviti-aktiviti masyarakat kampung Sg Pusu. Antara aktiviti-aktiviti yang menarik adalah Sukan Rakyat , Ceramah Kesihatan . Pemeriksaan Kesihatan. Pameran Dari PDRM , BOMBA , Pertandingan Mewarna dan Sumbangan Protin [ Projek Prihatin ] Umumnya karnival Pro Sihat ini juga adalah bagi mendekatkan rakyat tentang kesihatan , dan mengeratkan silaturrahim masyarakat kg sg pusu. Perasmian Penutup telah dirasmikan Oleh YB Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan, Adun Gombak Setia.

 

[ Berita ABIM ] : 20 Disember 2015 . Angkatan Belia Islam Malaysia , Kerajaan Negeri Selangor , Perangsang Selangor…

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Monday, 21 December 2015

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo