KDYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Terima Mengadap Presiden ABIM & Para Pejuang Bahasa
11hb Februari 2016 (Khamis): Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim, hari ini bersama delegasi bijak pandai Melayu, mahaguru bahasa, sasterawan, budayawan dan saintis mengadap Baginda Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan yang bijaksana – membincangkan masa depan anak bangsa. Delegasi ini merafak sembah — menyatakan keprihatinan dan kegusaran; terhadap nasib bangsa dan masa depan Bahasa Melayu, yang kian dipinggirkan oleh pemerintah yang terdiri daripada badan eksekutif, menerusi beberapa dasar yang menguburkan Bahasa Melayu. Hal ini termasuk pengenalan Dasar Dua Bahasa (DLP). Close
Hasbunallah wanikmal wakil…Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!#ABIM #ABIMdihatiku…
Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Thursday, 11 February 2016