Kejohanan Badminton Tertutup Al-Hikmah ABIM Kelantan
Alhamdulillah berakhir sudah Kejohanan Badminton Tertutup Al-Hikmah 2016. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Yang Berhormat Dato Haji Abdul Fattah bin Haji Mahmood kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan penutupan Kejohanan Badminton Tertutup Al-Hikmah 2016. Jutaan terima kasih diucapkan kepada urusetia yang memberi komitmen dan menjadi tulang belakang untuk program ini dan ucapan TAHNIAH khas untuk semua peserta yang terlibat. Bertepatan dengan objektif program ini,sesungguhnya ukhuwah yang terbina itu menjadi manis apabila kita yang menjadi tunjang untuk mencapai kemanisan itu.Semoga ukhuwah yang dibina ini kekal hingga ke Syurga.