



Sentiasa berusaha tanpa mengenal erti jemu kerana setiap usaha itu ada ganjaran pahala yang Allah Subhanahu wa-Ta’ala kurniakan.
Orang yang berusaha tidak akan pernah rugi, sebaliknya mereka yang berusaha adalah orang yang sentiasa mencuba, malahan orang yang sentiasa mencuba tidak akan pernah mengenal erti putus asa. Manusia yang tidak pernah berputus asa akan mengecapi nilai kejayaan dalam hidupnya.
Dalam pada masa yang sama, Islam menekankan keperluan membantu sesama insan. Setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.
Rasulullah ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya:
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(Hadis riwayat Muslim)
Sesungguhnya bukan sahaja perkataan malah perbuatan yang menamsilkan perkataan seperti jari-jemari juga tidak lari dari pandangan Allah, catatan malaikat yang taat dan pertimbangan neraca Allah Taala di akhirat kelak; yang akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada diri kita.
Manusia boleh menerima ujian apabila kenal dengan Allah Subhanahu wa-Ta’ala dan membawa akhirat ke dalam diri. Itulah yang dikatakan sebagai latihan untuk menghadapi ujian.
Kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala kita bergantung, sesama masyarakat dan rakyat kita tolong-menolong.
#SebarkanSalam
