Kepimpinan Muda ABIM Perlu Hayati Idealisme Perkukuh Perjuangan:- SUA ABIM

August 11, 2015
editor-media

9 Ogos 2015, Taiping:- Kepimpinan Muda ABIM Perlu Hayati Idealisme Perkukuh Perjuangan. Setiausaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abd Aziz berkata demikian ketika merasmikan Muktamar Sanawi ABIM Daerah Taiping pada 9 Ogos yang lalu. “Generasi terdahulu telah memimpin ABIM selama lebih 40 tahun, kita tidak diwariskan dengan harta & kemewahan material tapi kita diwariskan dengan satu idealisme perjuangan yang kuat yang telah bertapak lebih 40 tahun untuk mentarbiah umat,” jelas Muhammad Faisal yang merujuk kepada rangkaian institusi pendidikan rakyat yang diasaskan di negeri Perak secara keseluruhannya.

Muhammad Faisal pernah mendapat didikan di Sekolah Menengah Islam (SEMI) Al-Ummah, Chemor, yang pernah dinobatkan sebagai sekolah agama rakyat contoh di negeri Perak. Ironiknya Muktamar Sanawi ABIM Daerah Taiping turut diadakan di Sekolah Rendah Islam (SERI) Al-Ummah, Taiping, yang menjadi simbol idealisme dakwah ABIM dalam bidang pendidikan.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo