Kerajaan Selangor Tolak Gejala Ekstremisme!:- Azmin Ali

February 11, 2015
editor-media

6 Februari 2015:- Kerajaan Negeri Selangor menegaskan bahawa ekstremisme tidak mempunyai sebarang tempat di negeri ini. Dato’ Menteri Besar, Selangor, YB Azmin Ali mengatakan demikian ketika merasmikan majlis penutup “International Youth Gathering 2015” di Hotel Flamingo, Ampang, Selangor Darul Ehsan. Program himpunan antarabangsa ini menghimpunkan golongan belia Islam dari seluruh dunia. International Youth Gathering 2015 dianjurkan secara kerjasama oleh kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, Kesatuan NGO-NGO Dunia Islam (UNIW), dan ABIM. Sepanjang ucapan tersebut, YB Azmin turut memperingatkan generasi muda Islam memperkukuhkan budaya ilmu di dalam kehidupan mereka untuk menangani gejala ekstremisme yang menggugat kestabilan politik sejagat. Sebagai simbolik kepada majlis penutup IYG, YB Azmin telah menyerahkan sijil penyertaan kepada wakil setiap negara yang menyertai IYG pada kali ini. Bacaan resolusi IYG 2015 telah diketuai oleh Naib Presiden Antarabangsa PKPIM, Muhamad Zikri Jinal. 

 

 

 

 

 

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo