Kisah Sedih Penerima Sumbangan Sentuh Hati Sukarelawan KSSB Johor - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Kisah Sedih Penerima Sumbangan Sentuh Hati Sukarelawan KSSB Johor

20 Jun 2015, Johor Bahru:-  Alhamdulillah selesai pengagihan Kempen Sumbangan Sekampit Beras (KSSB) oleh ABIM Johor pada hari ini (20 Jun 20150. Kawasan yang terlibat untuk hari ini adalah sekitar Taman universiti, Kg Laut, Flat Jalan Mewah Ria, Wadi Hassan, Flat Kempas dan Jalan Sinaran Kempas. Terima Kasih kepada sukarelawan KSSB ABIM Johor. Pelbagai latar belakang kehidupan para penerima telah mereka temui.

Ada seorang nenek yang terpaksa menjaga beberapa orang cucunya yang yatim piatu, Ada warga tua yang tinggal di pondok usang serta terpaksa bergantung hidup dengan sumbangan masyarakat. Ada pasangan yang terpaksa bekerja keras untuk menyara kehidupan anak-anak seramai 10 orang (yang masih bersekolah). Anda hulurkan! Kami akan sampaikan! Untuk makluman lanjut mengenai KSSB boleh dirujuk pada www.abim.org.my.

 

 

Alhamdulillah selesai pengagihan KSSB oleh ABIM Johor pada hari ini. Kawasan yang terlibat untuk hari ini adalah sekitar…

Posted by ABIM Johor on Saturday, 20 June 2015