Kisah Subra & ABIM

April 12, 2019
editor-media

Tersenyum kami sejak Subra datang ke ABIM. Saja nak kongsikan kisah Subra dan macam mana Subra boleh sampai ke ABIM. Subra duduk berdekatan dengan SAP (Sekretariat ABIM Pusat). Sedang belajar secara tidak sepenuh masa dalam jurusan General Management di salah sebuah kolej swasta di KL.

Sambil tersenyum Subra kongsikan, keputusan SPM nya tidak seberapa namun jiwa Subra kental menyambung pengajian di peringkat ijazah. Katanya, kerana dia ‘skip’ dari proses penyediaan belajar dan terus mengambil subjek degree, banyak kemahiran persediaan yang dia tidak mahir. Kisahnya, ini merupakan semester terakhirnya. Dan Subra perlu membuat pembentangan kerja kursusnya.

Malangnya Subra tidak mempunyai kemahiran tersebut. Tidak tidur beberapa malam kerisauan, akhirnya Subra tekad bertanyakan siapa boleh membantu. Lalu Subra berjalan dari satu pejabat ke satu pejabat, dari satu kedai ke satu kedai bagi memohon bantuan. Sehinggalah tiba di SAP, seperti biasa, staf SAP menyambut Subra sebagai tetamu lainnya. Dan di sinilah Subra akhirnya, untuk kali dan hari ke-2?

Bersungguh-sungguh melihat dia belajar cara menyediakan bahan pembentangan menggunakan ‘power point’. Sesi 1 hari pertama Subra datang dibantu penuh oleh pakar IT ABIM Ainaa Azizan. Sesi 2 hari ini dibantu penuh pakar projek Mohd Nor Farhan berselang seli dengan Aina. Akui Subra, senang dibantu oleh keduanya.

Akuinya lagi. Dahulu dia bekerja tetapi sekarang tidak lagi, jadi dia harus menghabiskan segera pengajian dan mencari kerja baru. Untungnya, kongsi dia, pensyarahnya menawarkan dia bekerja bersama sejurus tamat pengajian. Murah rezeki Subra, lurus dan jujur nampaknya. Mudah-mudahan lulus dengan cemerlang, dan mudah perjalanan hidupnya kelak.

Oh ya! Saya pun tak sangka SAP mampu membantu sejauh ini atas dasar keprihatinan dan kemanusiaan.

Didikan sesama staf SAP, dan saya ‘bangga dalam rendah hati’ dengan performance staf SAP yang mendokong bersama misi rahmatan lil ‘Alamin dalam kehidupan seharian ❤. Alhamdulillah. .

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR