Komposer Lagu ‘Suci Dalam Debu’ (Iklim), Wan Zul Meninggal Dunia

October 14, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah – Komposer Wan Zul atau nama sebenarnya Almarhum Che Wan Zulkifli Che Wan Abdul Ghani, 61, pada jam 2:30 pagi, 13hb Oktober 2022 yang lalu. Almarhum Wan Zul meninggalkan seorang balu, Tengku Siti Famah dan dua anak iaitu Che Wan Norsyikin dan Che Wan Noradli.

Beliau juga individu yang bertanggungjawab menaikkan nama kumpulan Iklim di persada seni tanah air menerusi album pertama, Satu Kesan Abadi. Selain Suci Dalam Debu, beberapa lagu dari kumpulan Iklim ciptaannya terus diminati hingga kini antaranya, Aduhai Seribu Kali Sayang, Kerana Takdir dan Biografi Cinta Luka.

Lagu popular lain ciptaannya adalah Hanya Satu Persinggahan (Ekamatra), Antara Sutra Dan Bulan (Damasutra), dan banyak lagi. Sepanjang kerjayanya, Almarhum juga pernah bertugas dengan syarikat rakaman Ambang Klasik, anak syarikat TV3.

Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih. Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita hadiahkan al-Fatihah.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo