Krisis Yaman: ABIM Gesa Selamatkan Pelajar Malaysia

September 21, 2014
editor-media

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) menggesa Kementerian Luar untuk mengambil tindakan segera untuk mengeluarkan pelajar Malaysia dari Yaman. Ini berikutan pergolakan yang berlaku di sana kerana pertempuran antara kumpulan Houthis dan juga tentera kerajaan yang merebak sehingga ke ibu negara Yaman, Sana’a. Pertempuran ini membahayakan rakyat Malaysia di Yaman. Menurut kenyataan Kementerian Luar, kira-kira 440 orang (357 lelaki, 45 wanita dan 33 kanak-kanak) rakyat Malaysia telah ditempatkan di sebuah bangunan yang disediakan oleh kedutaan. Namun ABIM merasakan tindaka ini hanyalah sementara dan rakyat Malaysia masih lagi dalam keadaan bahaya. Oleh itu, Kementeria Luar perlu bertindak dengan menyediakan pesawat tentera khas untuk membawa keluar rakyat Malaysia dari Yaman pulang ke tanah air.

Situasi ini sama seperti apa yang berlaku di Mesir 3 tahun lalu apabila berlaku berlaku pergolakan di negara tersebut. Jumlah orang yang dipindahkan lebih ramai daripada rakyat Malaysia di Yaman dan misi tersebut berjaya dijalankan dengan lancar. Oleh itu, ABIM melihat Kerajaan Malaysia sepatutnya tiada masalah dalam memindahkan seramai 440 orang rakyat Malaysia di Yaman. ABIM juga berharap pergolakan di Yaman tidak berpanjangan dan gencatan senjata dapat dirundingkan dengan segera antara dua pihak yang bertelagah. ABIM berharap Malaysia dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dapat menjadi fasilitator dalam perundingan tersebut.

Mohamad Raimi Ab Rahim Naib Presiden ABIM

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR