Barangkali secara formalnya, berakhir sudah diari Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) tahun ini. 9 tahun menyulam sejarah dengan menjadi orang tengah menyampaikan amanah dan kepercayaan sekalian ramai orang; menyerahkan sumbangan keperluan makanan asas kepada mereka yang berkeperluan.
DIARI KSSB ABIM SELANGOR 1436H#semarakkanramadhandenganibadah#sejahterakanmalaysiadengandakwah
Posted by Skuad Sosial & Keluarga ABIM on Wednesday, 8 July 2015
DIARI KSSB ABIM WILAYAH PERSEKUTUAN 1436H#semarakkanramadhandenganibadah#sejahterakanmalaysiadengandakwah
Posted by Skuad Sosial & Keluarga ABIM on Sunday, 5 July 2015
Sekampit beras sekadar simbolik keperluan makanan asas, selebihnya adalah untaian ukhuwwah dan kasih sayang serta rasa prihatin yang dijalinkan antara penyumbang dan keluarga penerima sumbangan. Tidak kira pangkat, bangsa, agama, ras, usia, pekerjaan, kawasan penempatan dan sebagainya, ramai yang sedar bahawa rezeki diterima untuk dikongsi dan dipanjangkan kepada yang memerlukan.
DIARI KSSB ABIM SABAH 1436H#semarakkanramadhandenganibadah#sejahtetakanmalaysiadengandakwah
Posted by Skuad Sosial & Keluarga ABIM on Thursday, 2 July 2015
Bahkan bagi penerima, iltizam dan doa sentiasa dipanjatkan agar si penyumbang sentiasa dirahmati dan penerima turut sama sebaris sebagai penyumbang pada masa akan datang.
DIARI KSSB ABIM KELANTAN 1436H#semarakkanramadhandenganibadah#sejahterakanmalaysiadengandakwah
Posted by Skuad Sosial & Keluarga ABIM on Tuesday, 14 July 2015
Biarlah hanya sekampit beras, asal maksud persaudaraan dan sedeqah itu dapat diterjemahkan. KSSB dan sekampit beras mungkin berakhir, tetapi pengalaman hadir dan duduk berkongsi dengan mereka yang kurang dan tidak berkemampuan adalah koreksi diri paling berharga; buat diri dan sukarelawan lapangan.
DIARI KSSB ABIM MELAKA 1436H#semarakkanramadhandenganibadah#sejahterakanmalaysiadengandakwah
Posted by Skuad Sosial & Keluarga ABIM on Monday, 6 July 2015
Terima kasih kepada semua penyumbang; individu mahupun organisasi. Terima kasih kepada penerima juga yang sentiasa positif untuk meneruskan hidup dalam penuh kepayahan. Semoga Allah mengurniakan sebaik-baik kebaikan dan kemenangan yang hakiki di penghujung Ramadhan ini buat semua. Salam Syawal 1436H. MAAF ZAHIR DAN BATIN
Penulis adalah Ketua Biro Pembangunan Sosial, ABIM