Legenda bola sepak Shaharuddin Abdullah meninggal dunia

January 10, 2024
Admin Abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengenang pemergian Shaharudin Abdullah, legenda bola sepak kebangsaan pada 28hb Disember 2023 lalu.

Penjaring gol sulung Malaysia dalam saingan bola sepak Sukan Olimpik Munich 1972, pernah digelar ‘Black Cat’ kerana kemahiran libasan gunting, tandukan kencang aneka arah dan rembatan deras kedua-dua kaki.

Beliau juga membarisi skuad negara juara Pestabola Merdeka 1968, 1973 dan 1974 yang menewaskan Burma 3-0, Kuwait 3-1 dan Korea Selatan 1-0.

Bekas penyerang Pulau Pinang dan negara ini turut pernah berkhidmat sebagai kakitangan Jabatan Penjara Malaysia bersama-sama abangnya, Namat Abdullah (Almarhum Datuk) yang juga pertahanan kanan di Sukan Olimpik Munich.

Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita hadiahkan al-Fatihah.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR