Lestarikan Perjuangan Sejahterakan Selangor Dengan Dakwah:- Cikgu Din Abbas

September 8, 2015
editor-media

5 September 2015, Alam Impian, Selangor Darul Ehsan:- Aktivis ABIM Selangor digesa untuk mengukuhkan iltizam ke arah melestarikan perjuangan ke arah mensejahterakan Selangor dengan dakwah. Itulah amanat yang diketengahkan oleh Khairuddin Abas, Yang Di Pertua ABIM Negeri Selangor, ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Muktamar Sanawi ABIM Negeri Selangor Di Masjid Alam Impian, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

“Tabiat jalan dakwah tidaklah mudah tetapi merupakan jalan sukar dan panjang. Dalam dakwah memerlukan kesabaran, ketekunan memikul beban berat, kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharap hasil yang segera, tanpa putus asa dan putus harapan,” pesan beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Din sambil menambah, “Dengan kata lain, berusaha dengan sebaik mungkin dan menyerahkan hasilnya kepada Allah. Diingatkan pula bahawa selalu ada balasan baik bagi yang beriman dan bertaqwa kepada Allah”. 

Ketika mengimbau mengenai situasi politik semasa, Khairuddin Abas mengingatkan, “Satu matlamat besar kita dalam gerakan ialah untuk berfungsi sebagai daie di lapangan. Sebagai daie, kita perlu melihat semua ruang dakwah yang ada walaupun sekecil mana. Melihat setiap insan dengan penuh kasih sayang amat penting walaupun dalam siyasah budayanya punya keraguan-melihat semua adalah musuh kecuali yang benar-benar kawan. Sedangkan seorang mubaligh dakwah melihat semua adalah kawan kecuali yang benar-benar musuh!”

“Justeru itu, keperluan kita berhadapan dengan segala konflik yang ada dengan hikmah dan kebijaksanaan. Seorang rijal ad daulah ang berfungsi di lapangan siyasi perlu menjadi contoh sosok dakwah unggul. Jangan hanyut dan terlarut. Risau-risau bahasanya, budayanya, kata-kata dan perlakuan nanti lebih cenderung meneruskan budaya siyasah lama yang kurang enak,” ujar beliau yang menegaskan kepentingan dakwah mengatasi sebarang pertimbangan lain. 

Di akhir muktamar beliau mengambil kesempatan mendeklamasikan sajak nukilan mantan Presiden ABIM, Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman yang berbunyi berikut:- 

 

 

[Santapan Minda Tengahari] Puisi untuk Adinda …

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Monday, 7 September 2015

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo