Mahasiswa Malaysia Di Mesir Berbakti Kepada Golongan Gelandangan Yang Mendiami Kawasan Perkuburan: Tabarro’ Project 2.0
10 Julai 2015, Kaherah Mesir:- Pengalaman bersua dengan golongan gelandangan yang menjadikan kawasan perkuburan sebagai kawasan kediaman mereka merupakan antara catatan menarik sukarelawan Tabarro Project 2.0 2015. Program ini dianjurkan secara bersama ABIM Mesir serta beberapa pertubuhan mahasiswa (yang digerakkan pelajar Malaysia) di Mesir, membabitkan dua komponen kerja amal; penyampaian sumbangan makanan dan gotong-royong kepada gelandangan Mesir di sekitar Duwiyak, Hayu Asir dan Hayu Sabi’. Sebanyak 200 pek makanan serta barangan keperluan telah diagihkan kepada golongan gelandangan yang memerlukan.
Tabarro’ Project 2.0 dimulakan dengan pengisian berupa forum oleh Fatimah Zahra (Yalla Foundation) dan Abrar Shafie (wakil The Pelangi Project). Kedua-dua panelis itu mengatakan bahawa aktivistime bermula dengan”passion” yang akhirnya akan melahirkan action. Para peserta juga digalakkan untuk sentiasa mencari peluang untuk beramal di samping mentarbiyyah keilhlasan dalam diri kita.
[ Koleksi Gambar ]Beberapa gambar aktiviti pengagihan Syantoh Ramadhan kepada gelandangan.#TabarroProject
Posted by Tabarro’ Project 2.0 on Sunday, 12 July 2015
Tabarro’ project
Posted by Tabarro’ Project 2.0 on Friday, 10 July 2015
[LIVE UPDATE TABARRO’ PROJECT 2.0]Sharing moments di Teratak ABIM Mesir (TAM)
Posted by Tabarro’ Project 2.0 on Friday, 10 July 2015
Berikut adalah catatan salah seorang Nabila Azmi, ketika menyampaikan sumbangan kepada golongan gelandangan yang mendiami kawasan perkuburan: “Nak Kasi siapa Syantoh Tabarro’ kat sini? Ada ke orang tinggal kat kawasan makam macam ni? Apabila menyelusuri lorong, kelihatan ada keluarga yang hidup di celah-celah makam. Bahkan mereka bekerja mencari rezeki halal dalam keterbatasan di celah lorong tanpa mengharapkan hanya disuap. Malah makcik-makcik tersebut siap mengajak untuk iftar bersama.