Majlis Iftar Premis Baru Seri ABIM Al-Ummah Dapat Sambutan Masyarakat

July 21, 2014
editor-media

20 Julai 2014, Manjung:- Presiden ABIM, Amidi Abd Manan, telah menghadiri majlis Iftar bersama WADAH Negeri Perak, ABIM Negeri Perak dan KPIP (Kesatuan Pelajar Islam Perak). Majlis iftar ini telah diadakan di tapak premis baru SERI ABIM Al-Ummah, Manjung, Perak, turut dihadiri masyarakat sekitar daerah Manjung.

Alhamdulillah sambutan yang memberangsangkan daripada umat, yang turut mengambil kesempatan melihat perkembangan premis baru SERI ABIM Al-Ummah yang bakal operasi tidak lama lagi. Majlis diserikan dengan kehadiran YB Datuk Rashidi Ibrahim, ADUN Pasir Panjang.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR