MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA KOSMOPOLITAN ISLAM SEMPENA MUKTAMAR SANAWI ABIM KE-51 - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA KOSMOPOLITAN ISLAM SEMPENA MUKTAMAR SANAWI ABIM KE-51

MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA KOSMOPOLITAN ISLAM SEMPENA MUKTAMAR SANAWI ABIM KE-51

17hb September 2022 (Sabtu): Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Kosmopolitan Islam sempena Muktamar Sanawi ABIM ke-51, bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Selangor. Majlis bermula dengan ucapan Pengarah Muktamar Sanawi ABIM ke-51, Sdra. Mohammad Fazril Mohd Saleh (Satiausaha Agung ABIM).

Selanjutnya, Ucapan Dasar Presiden ABIM, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz dan seterusnya Ucaptama oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Presiden ABIM ke-2 dan Pengerusi Emeritus Institut Antabangsa Pemikir Islam – IIIT) sekaligus merasmikan muktamar Sanawi ABIM kali ini.

Persidangan kali ini bertemakan “Mengilham Kebangkitan, Meneroka Masa Depan.” Objektif utama persidangan ini adalah untuk mendapatkan sumbang-saran dalam proses lihat ulang agenda gerakan Islam dalam era pasca normal krisis bertimpa.

Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dialunkan oleh Ustaz Zainul Irsyadi, Johan Musabaqah Al-Quran Belia – Virtual 2022. Para hadirin turut disajikan dengan persembahan nasyid ZAWFAN dengan lagu “Rasul Kita” dan “Membina Khayra Ummah”, manakala Ili Razif mendendangkan lagu kemanusiaan bertajuk “Peduli”.

ABIM mengetengahkan wacana ‘kosmopolitan Islam’ dalam tatanan wacana baharu gerakan Islam global. Ia juga menghubungkan rangkaian gerakan dan tokoh ilmuan Islam yang signifikan dalam menyusunatur rencana dan agenda yang bakal distrategikan. Semoga ABIM terus berjaya dalam agenda perjuangan memartabatkan Agama Islam, insya Allah.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti #MuktamarABIM51