Manfaatkan Ramadhan Untuk Kukuhkan Hubungan Kekeluargaan: Dr Zulkifli Al-Bakri

June 15, 2015
editor-media

12 Jun 2015, Kampung Baru, Kuala Lumpur; Manfaatkan Ramadhan untuk mengukuhkan institusi keluarga. Begitukah nasihat yang dititipkan oleh Sahibus Samahah, Datuk Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Al-Bakri ketika menyampaikan Tazkirah sempena pelancaran Ihya’ Ramadhan ABIM (Sinar Ramadhan ABIM 1436H: Sejahterakan Malaysia Dengan Dakwah) di Hospital Pakar Al-islam, Kampung. Baru, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

“Kita bangun pada awal pagi untuk bermunajat. Kemudian kita sama-sama menikmati Sahur semangat kerjasama,” jelas beliau dalam perlancaran yang turut dihadiri Presiden ABIM, Amidi Abd Manan, Wakil Hospital Pakar Al-islam, Dr Suhami, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Hasnul Haniff Harun serta wakil-wakil agensi ABIM yang akan turut menggerakkan Sinar Ramadhan 1436H pada tahun ini.

Tambah beliau,” Amalkan solat berjamaah bersama keluarga untuk Subuh, Maghrib dan Isyak. Sebelum berbuka kita mulaikan dengan berzikir serta amalan tazkirah. Kerana amalan berbuka/ iftar (dengan keluarga) adalah peluang makan bersama yag jarang diperolehi di luar bulan Ramadhan. Ia dikira ibadah dan diganjari pahala yang banyak”.

Dr Zulkifli Al-Bakri turut mengaitkan beberapa amalan lazim yang diamalkan ketika bulan seperti bersama-sama ke masjid untuk berterawih merapatkan keluarga dengan rumah Allah di samping amalan bertadarus Al-Qur’an bersama-sama ahli keluarga. “Aktiviti seperti ini akan menimbulkan rasa hormat dan meningkatkan kejelekitan hubungan sesama ahli keluarga. Alangkah indahnya Ramadhan yang kita lalui ini,  setelah kita memperbaiki hubungan sepanjang bulan ini bila kita bermaafan tatkala Syawal menjelma,” jelas beliau sebelum menutup tazkirah tersebut dengan kata-kata hikmah, “Ramadhan ini perlukan hati yang bersih & mujahadah untuk baiki diri”. 

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR