Mangsa Kebakaran Likas Perlu Pembelaan; Sumbangan Segera - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Mangsa Kebakaran Likas Perlu Pembelaan; Sumbangan Segera

Sempat bersama Skuad Infaq Dan PrihatinSabah menghantar sedikit bantuan kepada mangsa kebakaran sebentar tadi. Buat rakan-rakan yg mahu memberi sumbangan berupa wang ringgit atau keperluan makanan terutama makanan budak, susu bayi, lampin boleh berhubung dgn wakil Skuad Infaq Prihatin atau terus dengan saya. Sila hubungi atau whatsapp 019-8977000. Difahamkan 37 keluarga melibatkan 212 orang mangsa kehilangan tempat perlindungan.

Bantuan pakaian, sumbangan kewangan, makan minum, khemah, bahan mandi, keperluan asas lain masih diperlukan memandangkan kondisi mangsa yang masih belum stabil. Sumbangan daripada masyarakat amat diperlukan.Salurkan bantuan anda kepada kami melalui tunai atau deposit ke bank dana kumpulan Infaq Prihatin, diagih dan sampaikan kepada mangsa bencana kebakaran. Terima kasih. Salurkan sumbangan anda ke akaun Infaq dan Prihatin melalui:

1. Tabung Prihatin ABIM, 10016010081157 (Bank Islam)

2. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), 105590003849 (Affin Bank)

 

Difahamkan mangsa akan berlindung di tempat perlindungan sementara yang disediakan oleh kerajaan sepanjang Ramadhan yang bakal tiba.

 

 

 

Penyerahan Sumbangan Infaq Dan Prihatin 2.0 kepada mangsa kebakaran Kg. Gusung, Likas yang baru baru saja dipindahkan…

Posted by Infaq Dan Prihatin on Thursday, 28 May 2015