Mantan Timbalan Presiden HALUAN Pulang ke Rahmatullah

January 10, 2024
Admin Abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah – Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abu Azam Md Yassin pada 10hb Januari 2024, di Hospital Kajang.

Almarhum merupakan Timbalan Presiden HALUAN Malaysia daripada tahun 2012 hingga 2023. Beliau merupakan seorang tokoh yang terkemuka dalam bidang pendidikan dan dakwah di Malaysia. Beliau telah banyak mencurahkan jasa dan bakti dalam membangunkan umat.

Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita hadiahkan al-Fatihah.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR