Maqasid Syariah :- Setiausaha Agung ABIM Berdialog Dengan Pemimpin Muda DAP

July 11, 2016
editor-media

1hb Julai 2016 (Jumaat): Alhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz, hari ini membuat perkongsian berkenaan keindahan serta disiplin di dalam Maqasid Syariah. Beliau menekankan bahawa Islam sangat mengambil berat soal keadilan, hak asasi manusia serta menjaga kebajikan masyarakat belum Islam. Program Diskusi Maqasid Syariah dan majlis berbuka puasa ini merupakan anjuran Research for Social Advancement (REFSA), dan dijalankan di Tingkat 5, Ibu Pejabat DAP, Jalan Yew, Kuala Lumpur. Turut hadir, Exco Media ABIM Pusat, Saudara Zairudin Hashim (Che Din). Wacana ini adalah salah-satu daripada bengkel Sekolah Demokrasi, yang diadakan untuk generasi pelapis aktivis dan pemimpin muda DAP. ‘Wisdom behind Syariah and scripture’ — objektif utama Syariah menyentuh berkenaan soal pedoman serta keseimbangan perlaksanaan Syariah, supaya nilai-nilai yang baik dapat dilaksanakan, untuk manfaat serta kepentingan masyarakat umum. Saudara Faisal juga menyebut bagaimana ABIM dan Institut Darul Ehsan (IDE) konsisten menjalankan kempen serta program penerangan, seperti wacana — bagi memberi pencerahan berkenaan keindahan Islam. Alumni Sekolah Demokrasi turut bersama dalam diskusi yang dijalankan dengan bertukar pandangan dan membahaskan nilai-nilai universal yang menjadi teras kepada Maqasid Syariah. Antara isu yang dibincangkan adalah status kewarganegaraan dalam sesebuah negara moden, kafir harbi dan dzimmi, tafsiran-tafsiran keadilan dalam konteks ummah (tidak fokus pada sesuatu kaum atau agama) dan indeks Maqasid Syariah.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR