Misi Kemanusiaan Syria Ke Sempadan Lubnan - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Misi Kemanusiaan Syria Ke Sempadan Lubnan

Bismillahirrahmanirrahim,.. Alhamdulillah, baru punya waktu untuk mencatatkan penghargaan ini. Setinggi kesyukuran selayaknya hanya kepada Allah kerana Misi Kemanusiaan musim sejuk “Syrian, Here We Come” pada 29 Jan hingga 4 Feb lalu di Lubnan dipermudahkanNya. Menjejak kaki ke bumi yang penuh bersejarah itu sukar dibayangkan dengan perasaan dan kata-kata. Diikuti dengan pelbagai cabaran yang dilalui oleh peserta misi, kami anggap ianya sebagai satu pendidikan memberdaya diri kepada menjadi insan yang lebih baik. Misi kali ini menyaksikan penyerahan sumbangan pelbagai dalam bentuk keperluan makanan, keperluan musim sejuk, perubatan dan pendidikan. Terima kasih kepada semua penyumbang secara langsung mahupun tidak langsung yang meletakkan kepercayaan kami. Terima kasih tidak terhingga kepada الوعي المواسسة yang menjaga dan membantu kami sepanjang di sana. Akhirnya tahniah buat semua terutama team GISO، USIM di bawah seliaan Prof Norita, Malaysia Lifeline for Syria, Angkatan Belia Islam Malaysia & Global Peace Mission Malaysia. Untuk semua peserta misi, anggap ini sebagai satu permulaan untuk kita prihatin dan cakna umat. “Jangan hanya merasa bisa, tetapi tidak bisa merasa”- USF. Semoga Allah memberkati usaha kecil ini dan memberi kekuatan dan kemenangan kepada saudara yang kita tinggalkan.

 

[Catatan Appresiasi Misi Kemanusiaan Malaysia – Syria -Lubnan]Bismillahirrahmanirrahim,..Alhamdulillah, baru punya…

Posted by Maria Kamel on Saturday, 13 February 2016