
MUKHAYYAM RIJAL ABIM SELANGOR: MENCARI IBRAH DI BELANTARA
Alhamdulillah, pada 4-5hb Disember 2021 (Sabtu dan Ahad), buat julung kalinya ABIM Selangor menganjurkan perkhemahan khusus buat para aktivis lelaki ABIM.
Tujuannya untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah Subhanahu wa-Ta’ala serta pembentukan ukhuwah dalam kalangan kalangan ahli ABIM Selangor serta PEPIAS.
Turut Hadir Ahli Majlis MPKJ, Sdra. Hanafi Jalalludin; Yang Dipertua (YDP) ABIM Selangor, Sdra. Ahmad Fawwaz Ahmad Shukri; YDP ABIM Bangi, Sdra. Muhammad Afiq Ramlee serta mantan YDP ABIM Selangor, Tuan Haji Shirajuddin Sirat.
Berlangsung di Kem Anugerah Alam Batangsi, Semenyih, antara pengisian menarik adalah belajar memasak sendiri gaya hutan, survival hutan, menangkap ikan, qiamullail, dan riadah di sungai.
Pengisian sewaktu sesi qiamullail dibuat oleh Exco Tarbiah ABIM Bangi, Sdra. Kamalulyasir.
Syukur, jaulah mencari ibrah di belantara.
Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio