Muktamar ABIM Kelantan Cermati Sosio-Politik Global

May 19, 2015
editor-media

25 April 2015:- Muktamar Sanawi ABIM Negeri Kelantan Kali Ke-42 pada 25 April 2015 yang bertemakan ‘Memperkasa Pendidikan, Meperkukuhkan Kebajikan, Memasyarakatkan ABIM Kelantan’. Muktamar kali ini dirasmikan oleh Y. Bhg. Saudara Mohammad Raimi bin Rahim yang merupakan Naib Presiden (Antarabangsa) ABIM Pusat bertempat di Dewan Besar Kompleks Masjid Al-Hikmah Pusat Dakwah Islamiah ABIM Kelantan. Mohamad Raimi dalam ucapan perasmiannya mengimbau situasi semasa sosio-politik global terutama yang membabitkan gerakan Islam.

Gerakan Islam seperti ABIM tambah beliau perlu peka terhadap persekitaran global mereka serta merancang tindakan jangka panjang yang bersifat holistik terutama sekali dalam aspek tarbiah serta latihan ahli. Ustaz Muhammad Amin Abdullah telah dipilih sebagai Yang Di-Pertua ABIM Negeri Kelantan yang baru sempena dengan muktamar ini. Jawatan Naib Yang Di Pertua HELWA (Hal Ehwal Wanita) telah diperkenalkan sempena muktamar ini. Jawatan ini adalah pengiktirafan kepada peranan aktivis HELWA yang rancak menggerakkan pelbagai program sehingga ke peringkat akar umbi.  

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo