MUKTAMAR SANAWI ABIM SABAH KALI KE-40 DI KOTA KINABALU

September 16, 2022
editor@abim

MUKTAMAR SANAWI ABIM SABAH KALI KE-40 DI KOTA KINABALU

13hb Ogos 2022: Alhamdulillah, selesai Muktamar Sanawi Kali Ke-40 ABIM Sabah di Raia Hotel, Kota Kinabalu. Naib Presiden ABIM, Sdra. Zairudin Hashim hadir membawa agenda ABIM Pusat.

Tahniah kepada YDP Negeri serta barisan exco bagi penggal 2022-2023. Teruskan gerak kerja di lapangan dan sentiasa menambah ilmu serta belajar dari orang lain kerana ABIM adalah sebuah Gerakan Ilmu & Bakti. Tahniah diucapkan atas pelantikan baharu dan juga setinggi penghargaan kepada ahli jawatankuasa yang lama di atas khidmat yang diberikan.

Bertebaranlah para sahabat di kawasan masing-masing untuk menyambung lagi tugasan Ilmu dan Bakti ke seluruh pelosok bumi Sabah. Demi menyempurnakan “Misi Menepati Janji Agung”.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR