NAIB PRESIDEN ABIM BEDAH BUKU SEMANGAT DARAH MUDA DI BERNAMA TV

December 31, 2022
Admin Abim

NAIB PRESIDEN ABIM BEDAH BUKU SEMANGAT DARAH MUDA DI BERNAMA TV

23hb Disember 2022 (Jumaat): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM, Sdra. Zairudin Hashim telah diundang ke Bernama TV dalam program “Darah Muda” bagi mengupas buku “Anwar Ibrahim: Semangat Darah Muda”. Sesi berkenaan boleh ditonton di sini.

Buku yang diterbitkan pada 2019 itu diluncurkan semula pada 7hb Disember 2022 atas permintaan ramai.

Naskah yang sudah dicetak sebanyak 5 kali itu hadir ketika masyarakat kini berdepan dengan cabaran dan konservatisme sempit sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Semoga dengan adanya buku berkenaan ia mampu memberi pencerahan kepada masyarakat siapa YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebenarnya sejak muda sehingga mengetuai kerajaan kini.

Buku “Anwar Ibrahim: Semangat Darah Muda” boleh dibeli melalui https://linktr.ee/abimpressmy

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1.

Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR