Naib Presiden ABIM Terima Watikah Perlantikan Sebagai Ahli Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN)

February 10, 2022
editor@abim

NAIB PRESIDEN ABIM TERIMA WATIKAH PERLANTIKAN AHLI MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN)

25 Januari 2022 | Tenera Bangi: Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM, Sdra. Zairudin Hashim telah menerima watikah perlantikan selaku Ahli Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) sewaktu Sidang I Penggal ke-33 sesi 2021-2022.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan setelah beberapa tahun tertangguh akibat pandemik.

MBPN ditubuhkan sejak 1971 merupakan platform bagi pemimpin belia menyampaikan pandangan serta isu belia kepada kerajaan dalam pelbagai segmen untuk memperkasa dan membangunkan belia Malaysia seluruhnya.

Persidangan ini dipengerusikan YB Menteri Belia dan Sukan dan dihadiri YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan, pengurusan kanan KBS, YB Pengerusi Tetap MBM, Presiden MBM, ahli Exco, Dewan Tertinggi dan Badan Gabungan MBM, ahli lantikan menteri, wakil kementerian dan agensi kerajaan.

Sebanyak 113 usul telah diterima untuk dibahaskan meliputi isu kepimpinan, ekonomi dan sosial.

YB Menteri dalam ucapannya turut menyentuh isu penangguhan had umur belia.


Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmudanBakti #menggerakbelia #beliabencirasuah #mpbn2022

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR