Nilai & Prinsip Hidup Asas Kepada Primary Greatness

April 16, 2018
editor-media

15hb April 2018: “Mereka yang mencapai kepada kejayaan yang utama (primary greatness) adalah mereka yang mempunyai nilai dan prinsip hidup yang menjadi pegangan.” Sorotan sebahagian pesanan Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM Pusat dalam Majlis Penutup PMGK Kali ke-18. Bicara soal memulakan sesuatu dengan cemerlang dan bergemerlapan seperti kata Ibn Ataillah, in sya ALLAH akan berakhir dengan cemerlang. Saban tahun, PMGK telah melahirkan ramai mahasiswa yang berperanan di menara gading yang mereka pelajari. Dengan tema “Mahasiswa BITARA: Peneraju Kebangkitan Pemuda Abad ke-21”, semoga PMGK 2018 dengan kerjasama seluruh 14 Badan Gabungan Negeri (BGN) PKPIM berjaya melahirkan para mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tapi juga sentiasa bersemangat untuk berjasa kepda umat. Tahniah kepada semua peserta yang bergraduasi hari ini dalam universiti mini ciptaan; Perkampungan Menara Gading peringkat Kebangsaan 2018 yang datang dari seluruh negara. Selamat mencorakkan kehidupan masa depan yang lebih baik mudah-mudahan. Tahniah juga kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan semua Badan Gabungan Negeri yang bersama menjayakan PMGK 18 untuk kesekian kalinya. Semoga pengalaman penganjuran yang dilalui mewujudkan keyakinan yang teguh bahawa di setiap kesulitan ada kemudahan, dan di setiap kesukaran dan jalan keluar

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR