Pejuang Bahasa Temui Timbalan Menteri Suarakan Bantahan Terhadap DLP - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Pejuang Bahasa Temui Timbalan Menteri Suarakan Bantahan Terhadap DLP

19hb Februari 2016: Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim bersama delegasi tokoh dan pejuang bahasa; hari ini mengadakan pertemuan bersama Ketua Puteri UMNO, Y.B Datuk Mas Ermieyati Haji Samsudin yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Delegasi menyatakan keprihatinan tentang masa depan Bahasa Kebangsaan; serta isu dan peranan dalam membentuk kebudayaan generasi muda kepada beliau. Dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu, beliau satu-satunya pemimpin UMNO yang berani bersuara mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu dalam ucapan dasar dan perbahasan.