Pelarian Kanak-Kanak Syria Ditemui Mati Di Pantai Eropah - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Pelarian Kanak-Kanak Syria Ditemui Mati Di Pantai Eropah

Media serta tabloid utama di Britain serta beberapa buah negara lain memberikan liputan besar-besaran kepada berita penemuan mayat anak-anak kecil Syria yang terdampar di sebuah pantai di Turki. Allahyarhamhu Aylan Kurdi (3 tahun) dan abang kandung kesayangannya, Allahyarhamhu Ghalib (5 tahun) dari Kobane, Syria, lemas selepas bot mereka karam dalam perjalanan panjang menuju ke Pulau Kos di Greece.

 

Allah allah allah.. :'(Syurga menantimu wahai anakku.:'(Mereka merentasi lautan untuk mencari sebuah keamanan tetapi Allah lebih menyayangi mereka.Hasbunallahwanikmalwakil :'(

Posted by Malaysia Life Line for Syria on Wednesday, 2 September 2015

Mayat Aylan ditemui di persisir pantai di Bandar Bodrum, Muğla, Turki. Mayat Ghalib pula ditemui di arah berlainan di kawasan pantai tersebut kerana di bawa oleh arus deras. Mereka merupakan antara 4 orang pelarian Syria (3 kanak-kanak dan 1 wanita dewasa) yang mati lemas dan terdampar di Bodrum, setelah bot yang mereka naiki untuk melarikan diri dari perang di Syria karam.

Pegawal pantai menarik tubuh beliau keluar dari air pada pagi 2 September 2015. Menurut media Turkey Dogan News Agency, 11 orang dikhuatiri lemas setelah 2 buah bot yang mereka naiki karam dalam percubaan mereka untuk melarikan diri dari kekejaman rejim Bashar Assad dan sekutunya, ke pulau Kos, Greece.

 

AYLAN DAN GHALIB; ANAK-ANAK SYURGA.Allahyarhamhu Aylan Kurdi (3 tahun) dan abang kandung kesayangannya, Allahyarhamhu…

Posted by Malaysia Life Line for Syria on Wednesday, 2 September 2015