Pembinaan Kompleks Pendidikan ABIM Pahang Telah Bermula; Sumbangan Dialu-alukan - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Pembinaan Kompleks Pendidikan ABIM Pahang Telah Bermula; Sumbangan Dialu-alukan

Perkembangan Terkini Pembangunan Kompleks Pendidikan Abim Pahang Alhamdulillah.. dengan segala ketentuan Allah jua maka kerja-kerja pembersihan tapak pembinaan berjalan lancar. On-Site Meeting yang diadakan oleh Jawatankuasa Teknikal Dan Perunding Pembangunan Kompleks SERI pada hari ini telah menerima Laporan Kemajuan Kerja No. 01 yang telah disediakan oleh pihak kontraktor iaitu SPS Bina Sdn. Bhd.

Berdasarkan laporan kemajuan yang disediakan sehingga 10 Mei 2016, kemajuan kerja fizikal sebenar adalah pada tahap 23% berbanding dengan kemajuan jadual ialah 14%. Ini bermakna, kerja-kerja tanah di tapak pembinaan berada 9% cepat di hadapan jadual sasaran. Syukur alhamdulillah, kemajuan projek adalah pada tahap yang sangat baik.

Kelihatan di tapak pembinaan kerja-kerja ‘cut-and-fill’ terus dijalankan dengan menyodok tanah yang berada di puncak bukit dan kemudianya ditambun pada kawasan hadapan yang akan dibangunkan bangunan-bangunan dalam pembinaan fasa 1. Dalam masa yang sama, ‘retaining wall’ yang dibina bersebelahan Klinik Kesihatan IM juga sudah hampir siap.

Syukur.. syukur.. syukur.. alhamdulillah… Jom bantu kami untuk terus mengisi tabung pembinaan Kompleks SERI ABIM Indera Mahkota ini.. Didoakan, semua penyumbang akan dibuka pintu rezeki yang lebih luas lagi berkat keikhlasan menyumbang dalam projek ini.

—————————- + Anda digalakkan ‘share’ info ini + Resit Pengecualian Cukai disediakan kepada penderma yang memerlukan +Salurkan sumbangan derma anda melalui akaun BANK ISLAM bernombor 06019010034666 atas nama PENGERUSI TABUNG PEMBANGUNAN SERI. +

Info lanjut boleh diajukan kepada 019-2301003 (Hisyam), 017-9378125 (Shalmi), 09-5733182 (Pejabat SERI)