Pemimpin Perlu Amalkan Nilai Adil, Adab, Amanah, dan Prihatin.

July 30, 2019
editor-media

20 Julai 2019 , KOTA KINABALU – Seramai 64 orang pemimpin pelajar Maktab Sabah telah mengikuti Seminar Pemimpin Belia Masa Hadapan Sabah 2019 anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Yayasan Sabah, ABIM Sabah dan Maktab Sabah. 

Slot 2 : Konsep , Nilai dan Etika Kepemimpinan Berteraskan Prinsip-Prinsip Sejagat disampaikan oleh Sdra. Mohamad Fazril Saleh, Exco Tugas-Tugas Khas (Penerbitan) ABIM Pusat – Setiausaha ABIM Sarawak.

Beliau menekankan peri penting menegakkan prinsip dan nilai sejagat dalam apapun peringkat kepimpinan yang diduduki. Antara nilai yang penting dalam kepemimpinan ialah nilai ADIL, ADAB, AMANAH, PRIHATIN dan sebagainya. 

Program ini bertujuan memberi pendedahan tentang konsep kepimpinan dan ciri-ciri pemimpin yang perlu ada dalam menjadikan sebuah organisasi atau kerajaan dalam mencapai tujuannya.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo