Pendakwah Perlu Mempunyai Hubungan Rapat Dengan Al-Qur'an: Sheikh Mustafa Al-Bugha - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Pendakwah Perlu Mempunyai Hubungan Rapat Dengan Al-Qur’an: Sheikh Mustafa Al-Bugha

8 Oktober 2015, Kajang:- Alhamdulillah, hampir 500 orang hadirin telah berkesempatan untuk mendapatkan mutiara hikmah dari Sheikh Mustafa al Bugha, salah seorang Fuqaha Mazhab Syafie dan ulama’ Hadith terkemuka dari timur tengah. Seseorang pendakwah menurut beliau perlu mempunyai hubungan yang “akrab” dengan Al-Qur’an kerana ia mengandungi pelbagai hikmah untuk diketengahkan kepada umat (menerusi dakwah). Fadhilatul Syeikh juga menggalakkan para hadirin untuk terus Istiqamah di atas jalan dakwah di samping tidak jemu menuntut ilmu hatta di kalangan golongan wanita.