Pengasas Retro Bola Sepak, Azlan Mahmood Pulang ke Rahmatullah

July 21, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah Almarhum Mohd Azlan bin Mahmood, salah-seorang pengasas Page Retro Bola Sepak (RBS) pada 12hb Jun 2022 lalu.

Salah-seorang penulis buku RBS yang terkenal dengan gelaran Careca ini juga terlibat mempromosikan misi-misi bantuan kemanusiaan yang digerakkan oleh ABIM, Malaysia for Syria (MFS) dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia menerusi platform bola sepak di media sosial.

Almarhum yang juga merupakan bekas pengurus kejohanan MEFC, SSC Napoli dan antara pengasas Taktikal BOLA Dunia, adalah seorang yang budiman dan gemar membantu sahabatnya yang memerlukan.

Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita sedekahkan al-Fatihah sekudusnya.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR