Penyanyi lagu Apo Kono Eh Jang meninggal dunia

February 10, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian ke Rahmatullah – Penyanyi popular 80-an, Mastura Ismail pada 9hb Februari 2020 (Rabu).

Almarhumah yang terkenal dengan lagu “Apo Kono Eh Jang” telah kembali kerahmatullah pada jam 8:50 malam dan dikebumikan di tanah Perkuburan Sungai Long.

Beliau meninggal dunia pada usia 65 tahun di kediamannya di Taman Cheras Idaman, Cheras.

Allahummaghfirla-ha warham-ha wa ‘afi-ha wa’ fuan-ha.

Sesungguhnya, kita milik Allah Subhanahu wa-Ta’ala selama-lamanya. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhumah, dan menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR