Peranan Wanita Sangat Luas Dalam Bidang Sains & Perubatan: WASSAP - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Peranan Wanita Sangat Luas Dalam Bidang Sains & Perubatan: WASSAP

22 Ogos 2015, Kolej Dar Al-Hikmah:- Pensyarah Farmasi Dr. Nor Ilyani Mohd. Nazar menegaskan peri pentingnya untuk memiliki asas keilmuwan yang kukuh di dalam kehidupan kita. โ€œDalam setiap keputusan ataupun perancangan, pertimbangkan kesannya pada keluarga serta diri anda,โ€ jelas beliau yang bertugas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dalam slot “Wanita & Sains Kesihatan”, Dr. Shazni Shahruddin, seorang pegawai perubatan di Hospital Tuanku Mizan Zainal Abidin (di bawah seliaan ATM) mengatakan bahawa wanita perlu memainkan yang sangat penting dalam bidang sains dan perubatan. โ€œIni adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Penglibatan wanita dalam bidang ini (sains dan perubatan) sangat penting kerana mereka dapat memainkan peranan yang sangat luas dalam bidang tersebut,โ€ jelas pegawai perubatan yang aktif dalam Biro Kesihatan ABIM (BKA).