Perginya Seorang Mujahidin Chechnya; Dr Sulaiman Djamoukhanov - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Perginya Seorang Mujahidin Chechnya; Dr Sulaiman Djamoukhanov

Pagi tadi aku dikejutkan dengan berita kembalinya ke RahmatuLlah seorang Muhahidin Chechnya, Dr.Suleiman Djamoukhanov jam 3.30 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Beliau menderita penyakit Leukemia sejak lebih setahun yang lalu. Beliau pernah memaklumkan kepada aku yang beliau termasuk dalam senarai ‘hit list’ Pihak Perisik Rusia (KGB) kerana penglibatannya dalam Gerakan Kemerdekaan Chechnya.

Dr.Suleiman dihantar sebagai wakil Kerajaan Chechnya Merdeka di Malaysia pada tahun 1996 oleh Menteri Luar Chechnya. Sejak itu ABIM telah diamanahkan untuk urusan Chechnya hingga kini.

Memang kematian itu adalah rahsia ALlah. Siapa pun tidak akan tahu bila ajalnya. Sehari sebelum aku menunaikan Umrah, tetiba hati tergerak ingin menziarah Dr.Suleiman di PPUM pada 15 Disember. Aku mengajak Ab Halim Ismail pergi sekali. Tika melihat beliau, aku tergamam. Masya ALlah detik hati-ku, kurusnya beliau.

 

Persis mangsa Yahudi Holocaust. Jasad yang hanya tinggal tulang! Beliau begitu gembira melihat kami. Malah katanya baru pagi tadi dia bercakap dengan isterinya, Aminah agar ada seseorang boleh mendoakan agar kesihatannya segera pulih.

 

Perginya seorang Mujahidin Chechnya.Pagi tadi aku dikejutkan dengan berita kembalinya ke RahmatuLlah seorang Muhahidin…

Posted by Ahmad Azam Ab Rahman on Monday, 28 December 2015

Bila kami maklumkan pada dia yang besok kami akan menunaikan Umrah, lantas beliau menangis. ‘ I need a special request from you. Please make du’a for my health in front of Ka’abah. You are a father of Syahid’ Aku terkedu dibuatnya. Lantas aku menenangkannya, ‘ Insya ALlah brother, that will be my first du’a, don’t worry’.

Di Masjidil Haram, sebaik saja menamatkan pusingan Tawaf yang terakhir, aku terus ke Multazam memanjatkan du’a khusus untuk kesihatan Dr.Suleiman. Dengan yakin aku berdoa. Wajah cengkungnya terbayang dimata. Semalam rombongan Umrah kami selamat kembali. Sempat berehat semalaman melepaskan lelah.

Pagi ini dikejutkan dengan berita Dr.Suleiman meninggal dunia. Sesungguhnya tiada siapa yang mampu melawan takdir. Pengajaran buat semua yang masih bernyawa.

Rahsianya ajal agar manusia sentiasa siapsiaga dalam ketaqwaan jua. Takdir telah menentukan ajal Dr.Suleiman tiba setelah aku pulang dari Umrah. Seolah-olah dia menantiku pulang untuk aku sempat menunaikan solat jenazahnya dan pengkebumiannya.

Ya Rabb, Kau ampuni dosa-dosanya, kasihanilah akan dia,sejahteralah ia dan Kau tempatkanlah akan dia di syurgawi-Mu.

Ahmad Azam Abd Rahman, Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Amin. 281215, Sg Pusu