Perjuangan Sayydatina Khadijah Dan Hari Ibu 2016 - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Perjuangan Sayydatina Khadijah Dan Hari Ibu 2016

Hari Wanita Sedunia 2016 | Penting kita mengingatkan sesama kita tentang jasa ibu. Ia adalah struggle seumur hidup. Tugas ibu jarang diangkat kerana ia dianggap ritual dan bagi kita itulah sepatutnya kerja ibu. Jika setakat itu jasa ibu, tidak perlulah Nabi SAW mengungkapkannya sampai 3 Kali seruan untuk penghormatan kepada ibu. Pagi ini saya ada sedikit kekuatan melihat pengorbanan ibu-ibu Rakyat Syria di sempadan. Menyelamatkan anak dan diri, mendukung dan menenangkan anak. Allah, hanya ibu yang punya kekuatan emosi dan kental sahaja boleh merentas sempadan negara asing sambil menenangkan anak. Sangat luar biasa! Dan wanita yang cerdas emosi inilah yang sering dihina-hina tidak layak memegang jawatan dan menjadi pimpinan kerana emosi. Bagitahu saya, wanita mana yang kuat emosi yang sanggup merentas beribu benua dan lautan hanya mahu menyelamatkan karamah insaniyyah anak-anak nya? Kami juga dihadiahkan kuliyyah BICARA NISA’UL QURAN, kisah Sayyidah Tohirah, Sayydatina Khadijah RA. Kisah Allah dan Jibril mengirim Kan salam kepada Khadijah adalah kisah yang mengagumkan. Ternyata perbahasan ulama adalah bagaimana jawapan Khadijah ketika menerima salam menunjukkan kecerdikan luar biasa Khadijah. Peribadi khadijah disimpulkan sebagai wanita yang punya kedudukan, pengorbanan, kasih sayang dan bijak dalam sejarah. Andai masyarakat kita lebih menghargai ibu dalam konteks yang lebih besar bukan ritual dan acara maka peranan ibu akan dilihat lebih berkesan merentas generasi sebagai umm madrasah. Seorang ibu juga harus struggle sebelum boleh menyebut syurga di bawah tapak kakinya. Struggle itulah yang makin hilang daripada sebahagian kita. Kerana kita disibukkan dengan tugas ritual bukan struggle. Ada banyak pintu ke syurga, menjadi ibu hanyalah salah satu pintunya. Semoga struggle kita sebagai ibu jauh lebih baik kita kerjakan daripada kerja ritual sedia ada. Selamat Hari Ibu! :-Fadhlina Siddiq, Naib Presiden (HELWA) ABIM