Perkahwinan Dalam Islam Berpaksikan Wahyu - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Perkahwinan Dalam Islam Berpaksikan Wahyu

19 April 2015, Nilai:- Dalam Islam, soal memulakan dan sepanjang melayari rumahtangga, keluarga adalah paksinya. Puan Fadhlina berkata demikian ketika mengisi program Seminar Women Empowerment di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).  Beliau yang lebih mesra dipanggil sebagai Kak Fadh berpesan lagi; bicara soal wanita, kena tahu wanita sebagai anak, isteri atau ibu. Bila menyebut tentang keluarga Islam, tidak dapat tidak wajib terkait dengan wahyu; paksinya harus disandarkan kepada Tauhid.

 

Terima kasih Dr Nik Salida , YBrs. Puan Che Azizah, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita dan Dr Shahira…

Posted by Seminar On Women Empowerment on Sunday, 19 April 2015

“Sebelum melangkah ke alam pernikahan, anak gadis harus tahu hak paling utama; hak memilih bakal suami. Usah sesekali membelakangkan wali! K Fadh terus berpesan; proses lamaran aka pertunangan harus betul dan ikut syariat (wajib!). Yang juga wajib mengikut syara’ adalah khutbah khitbah @ khutbah pertunangan,” tambah Kak Fadh dalam seminar yang turut diisi oleh panelis handalan lain seperti Dr Nik Salida Nik Suhaila, Dr Nik Salida , YBrs. Puan Che Azizah, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita dan Dr Shahira Abdul Shukor Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM, dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri. 

 

 

 

Sedang berlansungnya Sesi 1 : Pembentangan Concept of Women Empowerment oleh Dr Nik Salida Suhaila bt Nik Saleh. Do…

Posted by Seminar On Women Empowerment on Friday, 17 April 2015

“Dalam perkahwinan wajib untuk kedua pasangan faham tentang HAK & TANGGUNGJAWAB, antara KEHENDAK & KEPERLUAN. Bahkan tambah beliau, setiap pengantin perempuan perlu mendengar dengan jelas dan teliti  LAFAZ TAQLID yang dinyatakan suami ketika pernikahan. Dan simpan rapi serta buat salinan pada sijil nikah dan helaian taqlid kerana

1. Itu catatan pernikahan isteri

2. Di situ lafaz taqlid

3. Di situ ada tandatangan suami/ akuan suami

4. Itu talian hayat seorang isteri (tangisan seorang isteri bukan hanya ketika lulusnya lafaz pernikahan TETAPI ketika lafaz taqlid disebut suami).

Puan Fadhlina juga menjelaskan mahar adalah satu kewajipan- mahar itu tanda/ nilai kesungguhan lelaki mendapatkan wanita menjadi isteri. 

“Nafqah perkara paling asas, paling penting bahkan wajib ditunaikan atas nama tanggungjawab seorang suami. Tapi ingat! Nafqah perlu disebut dan dibezakan dengan belian barang dapur! Bahkan jika dipinjam suami sekalipun wajib dibayar semula,” tambah beliau. Di hujung bicara beliau, Puan Fadhlina menjelaskan proses pendidikan dan pemberdayaan peranan bukan hanya ditumpukan kepada wanita semata-mata, bahkan lelaki juga harus melalui proses yang sama.