Perkembangan Terkini OPS Prihatin Banjir Pantai Timur
23 Disember 2014, Kuantan, Pahang: Pasukan sukarelawan telah dihantar ke pusat pemindahan di Wisma Belia dan Kompleks SUKPA, Bandar Indera Mahkota. Pasukan ini terdiri daripada PKPIM, ABIM, Faciteam, IPHA, IKATAN, UCSA. Inisiatif juga telah dibuat kepada pihak yang berkenaan agar ruang menunaikan solat yang lebih besar serta selesa disediakan. Alhamdulillah cadangan ini telah diterima. Tim Sukarelawan Banjir juga telah menyediakan jadual waktu solat sebagai rujukan di pusat pemindahan berkenaan.