
21 November 2015, Singapura:- Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, telah mengetuai delegasi ABIM menziarahi Persatuan Muhammadiyyah Singapura. Pertubuhan ini yang ditubuhkan semenjak 1957 ini merupakan antara pertubuhan Islam terawal yang masih bergerak di Singapura sehingga ke hari ini. Sepanjang pertemuan tersebut, delegasi ABIM berpeluang berkongsi pandangan serta pengalaman daripada para pimpinan Persatuan Muhammadiyyah Singapura, yang kini dipimpin oleh Shaikh Hussain Bin Shaikh Yacob.
Antara kebitaraan dakwah yang diketengahkan Persatuan Muhammadiyyah Singapura selain dalam bidang pendidikan (Muhammadiyyah Kindergarten, Muhammadiyyah Islamic School, Kelas Asas Bimbingan Agama, dan Madrasah Al-Islamiah Al-Arabiah), Persatuan Muhammadiyyah Singapura juga menubuh pusat kebajikan untuk warga tua (Muhammadiyyah Health Day & Day Care Centre), serta Muhammadiyyah Welfare Home (yang memberi perhatian khusus kepada pemulihan serta pendidikan remaja serta golongan belia yang terperangkap dalam gejala sosial). Turut hadir meraikan delegasi ABIM, Setiausaha Agung Persatuan Muhammadiyyah Singapura, Muhamad Ghazali Bin Alistar
Alhammadulillah, hari ini pada tanggal 8 Nov 2013, Muhammadiyah Association of Singapore telah mendapat liputan esklusif di Berita Harian.Semoga segala usaha kami diredhai Allah s.w.t. Amin.Selamat membaca!
Posted by Muhammadiyah Association of Singapore on Friday, 8 November 2013
