Persidangan Antarabangsa Crisis In Syria: Endless War

April 3, 2015
editor-media

Disediakan Oleh: Syafiq Shafii (Koreponden ABIM Global Di Eropah & Timur Tengah)

Pada 26 Mac lepas, saya telah mewakili MalaysiaLifeline4Syria ke satu konferens anjuran SETA (Political, Economic and Social Research) di Ankara, Turkey. Konferens yang bertajuk ‘ Crisis in Syria: An Endless War?’ membariskan 3 panel untuk 2 sesi, sesi politik dan sesi kemanusiaan.

Sesi pertama dibarisi oleh Ibrahim Kalın, Jurucakap Presiden Turki, Halit Hoca, Presiden National Coalition for Syrian Revolutionary and Opposition Forces, dan Jamal Khasouggi, CEO Alarabiya TV. Panelist pertama, Ibrahim Kalın memulakan ucapannya dengan mengatakan krisis di Syria boleh dilihat dari 3 dimensi : Politik, Military dan Kemanusiaan.

Ibrahım Kalın menyatakan keputusan pada Geneva conventions menunjukkan dengan jelas bahawa aktor antarabangsa tidak mengambil usaha yang cukup untuk menghentikan krisis ini. Jelasnya lagi, komuniti Antarabangsa telah memberikan reaksi tentera kepada ISIS namun gagal dalam menghentikan pembunuhan oleh Rejim Assad terhadap rakyat Syria.

Tambahnya lagi, Turkey telah memainkan peranan penting dalam isu ini dari segi politik dan kemanusiaan. Turkey telah berbelanja sebanyak 5 Billions USD untuk pelarian Syria dan menampung hampir 2 juta pelarian. Semasa isu Kobani, Turkey juga berjaya menampung hamper 200 ribu pelarian dalama masa satu minggu.

Dari dimensi military pula, Ibrahim Kalın menjelaskan ada 4 kumpulan besar sekarang yang berada di Syria: Rejim Assad, kumpulan luar yang membantu rejim Assad seperti Hezbollah dan Militia Iran ( anggaran 300 ribu), Free Syria Army dan ISIS. Kalın juga menjelaskan ada hubungan baik di antara ISIS dan rejim Assad.

 

Kawasana yang dikuasai ISIS kaya dengan minyak petrol, da nada berlaku jual beli minyak petrol di antara ISIS dan Rejim. Kalın juga mempersoalkan jika rejim mampu mengebom Bandar sekştar Damascus dan Aleppo saban hari, namun masih tiada operasi serius terhadap ISIS! Jika ISIS mampu membunuh journalist, membakar pilot Jordan, menyembelih musuhnya, kenapa sehingga sekarang masih tiada operasi besar yang dilakukan oleh ISIS terhadap rejim!

Ini menunjukkan hubungan baik diantara rejim dan ISIS. Tambahnya lagi, kewujudan ISIS selepas kekalahan teruk pihak Rejim daripada FSA hanyalah untuk memecahbelahkan dan melemahkan pihak lawan. ISIS hanyalah melambatkan kemenangan kumpulan FSA. Panelist kedua Halit Hoca memulakan ucapannya dengan mengatakan adanya satu formula iaitu ‘Assad pergi, Rejim kekal’.

Assad juga makin terdesak sekarang sehinggakan dia telah membunuh 15 officer dari rejimnya sendiri di Daraa. Dari segi penguasaan kawasan. Halit Hoca mengatakan sehingga sekarang, Rejim menguasai 70 ribu km², ISIS juga menguasai 70 ribu km², FSA 17 ribu km² dan PKK (Kurdish Fighting Forces) juga 17 ribu km².

Katanya lagi, Rejim telah melepasi garisan merah antarabangsa setelah menggunakan senjata kimia pada 2013. Setelah menyerahkan sebahagian senjata kimia itu kepada USA, rejim seolah-olah mendapat lampu hijau meneruskan pembunuhan kali ini dengan fluorine gas. Panelist ketiga, Jamal Khassougi memulakan ucapannya dengan beberapa analisisnya terhadap operasi decisive storm oleh Saudi di Yaman ( hanya berlaku sehari selepas konferens ini).

Katanya, Saudi mempunyai dua tujuan di dalam operasi ini: pertama untuk melumpuhkan serangan Houthi di Yaman, kedua untuk menyekat pengaruh Iran di serantau ini. Operasi ini bukanlah satu intervention terhadap Yaman. Kemudian, beliau menceritakan kepentingan Syria untuk Saudi.

Katanya lagi, Saudi cepat bertindak terhadap Yaman tidak Syria adalah, satu kerana factor geografi, Yaman bersempadanan dengan Saudi dan kedua , operasi di Yaman membantu kerajaan Yaman dalam menyekat kemaraan pemberontak Houthi namun di Syria sebaliknya. Untuk menyelesaikan krisis Syria yang sudah masuk tahun ke 5 ini, Jamal menyatakan perlu adanya ‘Game Changer’.

Di dalam isu ini, Saudi dan Turki mampu memainkan peranan ‘Game Changer’ ini. Jika operasi Decisive Storm ini berjaya, Jamal menjangkakan ia akan juga akan mendorong Turki melakukan operasi yang sama di Syria. ‘Jika Iran ada Suleyman Qasem, kenapa tidak kita juga’ katanya. Suleyman Qasem adalah ketua tentera Iran yang mengetuai serangan di Iraq dan Syria. Jamal mengakhiri ucapannya dengan mengatakan ia melihat polisi luar Negara kerajaan Saudi dibawah King Salman sebagai positif. Harapannya, kerjasama Saudi dan Turki akan menjadi game changer kepada krisis timur tengah ini.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR